Sunday, March 9, 2014

resepi kek kukus

assalamualaikum kepada para pembaca..

maaf lambat kepada yang meminta resepi ini kerana saya sibuk dengan assignment.

KEK KUKUS COKLAT

bahan A :
1 cawan koko
1 cawan gula pasir
1 cawan mentega
1 cawan susu cair

bahan B :
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur

bahan C :
1 1/4 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikabonat

cara membuatnya :
cairkan bahan A didalam kuali diatas api yang sedehana. kacau sehingga gula itu larut. selepas larut, boleh tutup api tersebut. jangan terlalu lama ya..
sejukkan bahan A. selepas bahan A sejuk, masukkan bahan B. kacau sehingga sebati.
bahan C diayak ye..
masukkan Bahan C kedalam adunan A+B tadi.
kacau sehingga rata dan kukus.. :)

* saya kurang suka rasa telur, jadi saya kurangkan telur menjadi satu biji..

selamat mencuba..